Saturday, November 12, 2016

Pertandingan Bowling JPPH Kuantan & Kemaman

Assalamualaikum.

Gembira pulak harini tu pasal rasa nak update blog. Buat masa ni tiada lagi cerita yang berkaitan dengan belajar sebab mood nak sambung master masih samar samar lagi -,-“

By the way, harini cuma nak cerita kemenangan aku untuk pertandingan bowling JPPH Kuantan & Kemaman. Kihkihkih. Tak sangka pulak kalini menang. Sebenarnya aku taknak dah main bowling atas faktor kesihatan tapi bukan selalu kan, so redah jela.

Haritu satu ofis tahu aku ada sijil bowling ni tapi masalahnya sijil tu cuma sijil basic la orang kabo. Itupun masa form 4 dulu selok masuk kelab bowling. So kira kira sembilan tahun jugak la usia sijil tu. Nak dijadikan cerita masa sukan dalaman (antara staf JPPH shj), aku dapat nombor 9. Memang padan kena bahan la aku lepas tu. Guane budak ada sijil boleh kalah. Huahuahuahua. Malu toksoh kabo laaa. Sampai ke PD tahu aku ada sijil T______________________________T




Harini tak target langsung nak menang sebab sebelah lane aku ni strike sokmo tambah pulak ada staff JPPH Kuantan tu ada bola sendiri bohhh. Dalam hati kabo mampuhhhh la aku kalau kalah lagi kalini. Tapi itula kalau dah namanya rezeki kan. Heee Alhamdulillah dapat johan kategori wanita. Maybe ini kenangan aku sepanjang jadi PSH di JPPH Kuantan :D

Thanks for reading! Bye :)

1 comments:

Anonymous said...

Hi Arifah,

Saya Faz, sy ade baca blog awk lg2 yg part HYPERHIDROSIS sbb sy pun ade penyakit tu jg, sy tertarik dengan rawatan yang awk da buat tu and sy berhajat nak buat juga, tp sy nk tau cost rawatan yang awk buat di hspital tu. Klu awk ringan tangan, boleh ke whatsap sy - 016 883 4245 sbb sy mg nak tau procedure rawatan operation in details. Hope awk fhm kite yg mengalami penyakit yang sama ni =(.

Sy harap awk pay attntion to my request.

Thans Arifah.