Monday, August 29, 2016

Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Kedah (TAMAT)

Assalamualaikum.

Harini terlebih rajin update. Macam biasa la lepas dapat result setiap sem mesti aku update kat blog sebab nak share subjek apa aku ambil dan apa tugasan untuk setiap satu subjek tu. Tapi kalini agak lambat sebab tak banyak benda nak share sebenarnya. Lagipun memang sem lepas cuma LI semata-mata dan aku pun ada share pengalaman sepanjang praktikal kat Perpustakaan UMP kat previous entry.

Btw, kali ni tak la debor menunggu result sebab tau takde exam tu boleh berjimba lagi dengan Sheri, Syali & Syidah kat Terbang 11/8 (Khamis sehari sebelum keluar result). Paling menarik haritu pukul 10 lebih (MALAM), Sheri dan Syali baru sedar yang diorang dua ni tak buat lagi SuFO! Wakkakakakakakaka. Gila ke apa?

Budak-budak UiTM tahu la SuFO tu apa. Roommate aku time kat Machang dulu pernah terlupa lengkapkan SuFO dah tak pasal-pasal result kena tahan. Taktau la berapa lama. Tapi orang lain dah hilang debor tu dia tak hilang-hilang lagi. Haaa bagi nak mengelakkan semua tu terjadi, lengkapkanlah SuFo tu okay. Satu je pun. Heeeee

Oh yaa, Alhamdulillah buat pertama kalinya dapat empat rata. Majoriti memang dapat 4.00 kan? Sedikit tersasar tapi still bersyukur dapat habiskan dalam tempoh yang ditetapkan. Menanti Konvo di Kedah tahun hadapan! :D

Hmm. Dua bulan menganggur ni mencabar jugak rupanya. Nasib awal tu dapat duit raya lagi so boleh cover perbelanjaan sepanjang menanam anggur ni. Then elaun LI dari JPA pun masuk but within one week duit mengalir macam air terjun sebab ganti bateri kereta, servis, etc.

Sebenarnya dalam tempoh dua bulan ni ada satu organisasi yang memang kebetulan aku apply jawatan ikut bidang perpustakaan, panggil untuk interview (IV). Malangnya bukan rezeki aku kot bila dia tahu aku ada degree dan position aku apply tu untuk calon diploma sahaja, terus reject untuk datang iv. (Sejujurnya aku lupa aku apply jawatan apa sebab duk main isi je masa praktikal haritu -,-“). Sedih la jugak mula tu tapi itulah ada hikmah disebalik ni sebab insyaAllah 1hb September ni aku start kerja yang lebih dekat dengan rumah aku. Tapi cabaran sikit la sebab kerja aku memang bidang menyimpang dengan apa aku belajar. Bayangkan bahagian bab tanah dengan perpustakaan. Jauh sangat perginya tu. Kerja cuma kontrak sahaja tapi tak salah kan mencuba nasib.

Tahniah buat rakan-rakan yang lain dan goodluck bagi sesiapa yang sambung Master tu. Apaaaaa? Bila aku nak sambung master? InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku sambung lagi :) Hihihi. Bye! 


‘AN: Rindu nak ke kelas. Rindu nak rasa tekanan siapkan segala esaimen, kuiz dan test T_____________________T