Monday, August 29, 2016

Latihan Industri di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang, Pekan.

Assalamualaikum.
Lama tak update blog gara-gara praktikal lima bulan. Kihkihkih. Apa-apa pun Alhamdulillah dah selamat habiskan lima bulan latihan industri di Perpustakaan UMP Pekan :D

Mula-mula tu tak boleh nak bayang macam mana la pergi kerja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Biasa masa belajar dulu asal ada gap je balik rumah tidur. Lagipun kelas paling lama pun 3 jam. Kejap lagi kang gap sejam dua baru ada kelas. Bila dah praktikal ni kira macam pra bekerja la. So takde la istilah nak tidur ke apa. Tapi ada la seminggu dua tu lepas isyak aku terus tidur sampai la ke subuh. Punyalah badan ni lemau gilaaaaa T________________T itulahhhhhh dah biasa manjakan diri tidur siang lama dan berjaga sampai lewat malam -,-“

Dalam tak boleh nak bayang tu, habis jugak la LI aku ni. Alhamdulillah layanan diberikan baik-baik belaka. Baik dari KP, TKPK, TKP, pegawai-pegawai & staf semua tak lokek ilmu. Garang? Tak pun tapi lebih kepada tegas sebab nak mengajar tak boleh main-main laaa. Bila salah kena la tegur kan. Haa macam tu la konsep dia. Tapi majoriti sporting sangat-sangat!

Banyak jugak benda yang aku dapat sepanjang LI kat sana. UMP ni kan universiti yang memang khas bidang engineering ni laa buat rasa nak tau apa beza dia punya perpustakaan dengan UiTM. Serious best! Besar pun besar. Hiburan macam karaoke tu pun ada tau! Asal rehat hari jumaat je selalu pergi Unit Media sebab boleh karaoke, tengok cerita tak pun main XBOX.

Untuk juniors yang nak buat LI dekat UMP sila la berbuat demikian. Siapa cepat dia dapat sebab tak silap aku maybe 2 atau 3 orang je yang bakal diambil sebagai pelajar praktikal kat sana. Oh yaaa memandangkan kami semua pun tamat LI masa bulan puasa, takde la jamuan perpisahan kannnn tapi tapiiiii KP dah offer kami bertiga untuk datang jamuan hari raya nanti. Yeeeayyy!


Moga segala ilmu yang diberikan sepanjang LI di sana dapat digunakan pada masa akan datang. Terima Kasih warga Perpustakaan UMP :)


*Sebenarnya entry ni dah terperam sekian lama. hampir dua bulan tamat LI baru aku publish. Hihihi. Bye!

**UPDATE**

Baru teringat nak bagitau nanti dah habis jangan la lupa bagi cenderahati sikit untuk tempat praktikal korang tu tau! Sebagai tanda kenangan dan terima kasih. Kalau time belajar dulu buat academic visit/research memang kitorang bagi 'plak'. So untuk kelainan sikit kitorang bagi fridge magnet *itupun lepas tanya orang lain* hehe

Ini hasil last minute dan hasil dari budak yang suka warna warni (AKU LA TUUUU =,=")

Boleh tempah fridge magnet pelbagai saiz di Fridge Magnet Kuantan :D Bye! :)