Saturday, February 20, 2016

subjek untuk semester 6 (Library Management, UiTM Kedah) - part 2

Assalamualaikum. Okay mari sambung lagi 3 subjek untuk semester 6 :)

IML 656: PLANNING AND DESIGN LIBRARIES AND INFORMATION CENTERS

Siapa yang suka berangan bila masuk IKEA angkat tangannn. Yeayyy kita geng! :D tapi apa kaitan dengan subjek ni? Planning and design. Sama la macam kau masuk IKEA then mesti kau plan “okay katil nanti aku nak letak kat tengah, almari kat bucu sana, blablablabla”. Same goes to this subject. Bezanya kau akan buat berkaitan library la. Jenis lantai macam mana kau nak guna, kerusi banyak mana, apa facilities yang kau tawarkan untuk users kau. Nampak macam senang. Mana taknyaaa orang perempuan kan kuat berangan so idea tu banyak tapi bab nak letak kat mana, sesuai ke idokkk haa tu yang rumit sikit. Takde la sampai kena buat research ke apa cuma kena buat proposal gitttteeewww. Tu yang untuk group assignment. Untuk individual ade dua; satu kena comment Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah (PSB). Kau komen la sesuai ke idokkkk kedudukan shelves ape semua tu dan kena compare dengan 1 lagi academic library (ada academic visit tau), kedua kena buat article summary dari 5 articles.


So yang untuk academic visit ni memandangkan tadi kita dah komen PSB which is sah sah la tu academic library kan, maka kena cari la satu lagi academic library yang ada kat Malaysia ni. Memandangkan kami nak combine dengan subjek IML 651 & IMR 659, jadinya kami mencari academic library sekitar KL sahaja dan pilihan kami di Perpustakaan Universiti Malaya & Universiti Islam Antarabangsa. Jauh beza dengan PSB. Hehehehe tapi takpe la jadikan tu sebagai maklumat tambahan mana tau nanti kau diberi tugas untuk develop new library kannn boleh la implementkan apa yang kau tengok dekat dua libraries ni :) Tq Tuan Syed! :D

IMR 606: DIGITIZATION OF RCORDS AND ARCHIVES

Lagi sekali Rektor yang mengajar kami. Dua sem berturut-turut. Tak jauh beza pun sebenarnya dengan subjek IML 651 (Digital Libraries) sebab pasal digitization kan. Ape scanner yang digunakan, workflow dia. Dari segi assignments memang akan adalah kait dengan article lagiiii. Kena buat critical analysis ke apa tah tapi based on 15 kriteria yang diberikan. Terus terang cakap kalau bab digital ni yang ade sistem ni memang aku rasa susah. Yang buat jadi susah sebabnya aku dah set dalam kepala ni yang aku tak minat sistem dan yang berkaitan dengan computer, tu yang jadi susah. Padahal sekarang ni semuanya dah canggih. Yennnaaaaadeeeiii beteiii. Belajar dalam lab sokmo mesti ade gangguan rasa tak fokus, nak main computer, main fon la kaannn tapi bila keluar result haaaaa kauuuu. Ni subjek kedua yang aku tak expect langsung untuk dapat gred tu. Alhamdulillah. Pagi tu gigih whatsapp Dr. cakap terima kasih blablablablaa. Kikikikiki. 

IMR 659: MANAGEMENT OF MANUSCRIPTS AND PERSONAL PAPERS

Rezeki sem 6 dapat semula Miss Seri untuk ajar kami. Yeayy. Tapi serius subjek ni mengantok yang amat mula-mula tu. Yela kau kena belajar history of paper, how they create paper, jenis ink digunakan, blablablablaaa. Sampaikan miss pun cakap bab awal tu memang bosan sikit. Hehehe. Apa yang aku suka dengan subjek ni sebabnyaa ada visit lagi. Yeayyyy boleh jalan-jalan. Tapi dugaan sebenarnya nak pilih tempat sebab ada tempat kami nak pergi tu last minute baru bagitau yang dia tak boleh nak layan kitaorang masa tarikh sekian sekian. Berapa kali tukar tempat dan akhir sekali cuma Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang free. Ada tiga assignments; pertama: critical analysis, kedua: essay dan ketiga: translliterasi dari jawi ke rumi dan wajib tulis dalam jawi juga ye. Antara ketiga-tiga assignments ni yang paling suka dan mencabarnya ialah assignment yang ketiga tu. 



Manuskrip lama kan dalam tulisan jawi dan ejaan jawi dulu tak sama macam sekarang. Ada yang tulisan susah nak baca, bertindih, istilah lama, etc. gambar atas ni contoh bahagian aku kena buat. Bila dah translate dalam BM rasa macam yeke niiii. Bila tak faham atau tak berapa jelas aku banyak tanya kawan la sebab kadang tu mata kita nampak ejaan lain, orang lain nampak lain pulak. Then atas kreativiti masing-masing nak tulis pakai pen khat tu ke pen biasa ke, lukisan border tu macam mana, warna apa nak guna dan sebagainya. Beria aku beli macam-macam pen last last aku pakai pen dakwat cair yang biasa sebab tulisan aku halus so jadi tak sekata kalau tulis pakai pen mata besar ni. Cuma yang rumi aku guna pen kaligrafi tu. Berapa kali renyuk kertas sebab salah eja la, salah titik yang jawi tu laa. Memang nak nanges rasaaaa. Tapi sempat la submit tuuu. Tak pernah hayat lagi lambat submit assignment. Hehehe. Tq Miss Seri! :)
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh yaaa sebelum terlupa, semua subjek untuk semester 6 bagi kos ni tiada final exam. Diulangi TIADA final exam tetapi ADA final test. Ada advantage dan disadvantage bila semua subjek final test. Yang kelebihannya ialah final test paling banyak 40% ada yang 30% je so boleh pulun dekat assignments dan segala kuiz. Tapi kalau kat situ tak boleh nak score memang susah sikit la. Lagi best kau boleh balik awal sebab takyah la nak tunggu lama sangat! HEHEHEH. Tapiiiii yang kurengggg sikit ialah kebanyakkan final test akan dibuat antara minggu ke 12-14. Atas lecturer masing-masing. Minggu-minggu ni adalah minggu kritikal orang kata sebab mana kau nak siapkan group assignments lagi, mana nak study lagi. Ada seminggu tu berderet final test. Nak muntah rasa. Apa yang penting ialah time management sebenarnya. Cehhh cakap kat orang padahal banyak kot assignments sem ni aku buat last minute tu yang ada subjek tak boleh score A. Tskkk tskkk. Tapi apa-apa pun bersyukurlahh tak kena repeat. Moga kawan-kawan sekelas yang lain dapat habiskan LI dengan bahagiaaa. LI ni je peluang untuk dapat 4.00 tapi kena la rajinnn banyakk kat tempat LI tu ye.

P/s: sambung Master? Yayyy or nayyy? Kerja ke kawen dulu ni? :P